Benih Bendi Clemson Spineless

Bendi Clemson Spineless mula diperkenalkan pada tahun 1939 dan memenangi anugerah AAS (All-American Selection) pada tahun yang sama. Duri miang yang terdapat pada pada Bendi Clemson Spineless adalah amat sedikit jika dibandingkan dengan kebanyakan varieti bendi lain. Bendi Clemson Spineless adalah bendi bersaiz pendek yamg dituai ketika panjang bendi antara 6 hingga 8 cm. Walaupun panjang bendi boleh mencapai 16 cm namun untuk mendapatkan bendi yang lembut dengan rasa yang terbaik Bendi Clemson Spineless harus dituai sebelum panjang bendi melebihi 8cm. Ini kerana bendi Clemson Spineless akan mula mengeras ketika panjang bendi melebihi 8cm. Percambahan: 7 - 14 Hari Mula Berbunga: 45 Hari setelah tanam Tuaian: 55 - 65 Hari setelah tanam Ukuran Bendi: 6 - 8 cm (Panjang) X 2 cm (Lebar) Kuantiti Benih: 25 Biji/Paket Sumber Benih: Semera Agro Farm Link & Artikel Blog Yang Berkaitan: Bendi Clemson Spineless