Benih Tomato Moneymaker

 


TOMATO-MONEY MAKER adalah antara variety tomato heirloom yang tertua di dunia. Varieti tomato klasik ini terkenal dengan rasa tomato yang sangat baik iaitu rasa yang seimbang antara  manis dan masam. Buahnya licin, bersaiz sederhana, merah pekat apabila masak, berkulit nipis dengan isi yang agak pejal.

Tomato money maker merupakan variety tomato yang produktif  mengeluarkan hasil yang banyak. Tomato Money Maker juga mempunyai ketahanan dan daya tahan penyakit yang agak baik dan ia juga sesuai di tanam di tanah kawasan terbuka, di dalam pasu atau polibag dan ia juga sesuai untuk di tanam di rumah hijau. Ini menjadikan variety ini amat sesuai untuk di tanam di kebun rumah atau ditanam secara komersil.

 

Percambahan: 6 - 14 Hari
Tuaian: 75 - 90 Hari setelah dipindahkan / ditanam
Tinggi Tanaman: Boleh mencapai 2 meter tinggi.
Jarak Tanaman: 60 - 90 cm
PH Tanah: 5.5 - 7.0
Kuantiti Benih: 20 Biji/Paket
Sumber Benih:  Semera Agro Farm 
 

Link & Artikel Blog Yang Berkaitan:

Youtube - Benih Tomato Moneymaker Borneo Seeds.

Benih Popular Terkini

Benih Terung Asam / Terung Dayak

Benih Cili Geronong

Benih Bunga Telang Biru Berlapis

Benih Bendi Clemson Spineless